Thursday, February 24, 2011

RxLite



RxLite merupakan minum diet yang menggabungkan :-
Carcina Gambodia atau Asam Keping lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan. Ia berfungsi utk membakar lemak dan menahan lapar.
L-Carnitine merupakan sejenis zat yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga dan menghilangkan lemak meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.


Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh.

DND Fiber yang merupakan serat gandun formula Dato Dr Noordin Darus yg membuatkan anda merasa kenyang

Gula Fructose sebagai pemanis disamping membekalkan tenaga pada anda yang sedang berdiet.


RXLite berkhasiat dalam:-
Membantu membakar lemak
Diperkaya dengan vitamin dan mineral
Rasa koko yang lazat
Mengandungi anti-oksida





RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.

Harga
1 kotak - RM138.00 (30 sachet)
2kotak -
RM248.00

Pek Percubaan :
10 sachet + shaker - RM50.00
20 sachet + shaker - RM95.00

Nak Daftar Ahli Hanya Perlu Bayar RM250, Anda Akan Dapat
>>Keahlian WWN
>>2 kotak RxLite(Setiap kotak 30 sachet)
>>Shaker
>>Penghantaran Percuma

UNTUK YANG BERMINAT JADI AHLI EMAILKAN
Nama:
No Kad Pengenalan:
Alamat Rumah:
No HP:
Nama/No KP Pewaris


KELEBIHAN RXLITE
MUDAH

RxLite datang dalam bentuk pek pracampuran(sachet) dan dibancuh dalam 150ml air sahaja atau boleh
dibancuh dengan susu, soya dan buah-buahan. Tiada pantang larang dalam pengambilan RxLite
.

LAZAT
RxLite tidak menggunakan perasa tiruan sebaliknya menjadikan KOKO sebagai asas produk. Di dalam pasaran, bancian menunjukkan RxLite lebih sedap berbanding produk-produk lain. Ini adalah penting bagi memastikan anda dapat menggunakan produk ini secara berterusan.

BERBALOI
RxLite dicipta untuk kegunaan orang ramai bagi jangka masa panjang dengan kos penggunaannya yg terendah di pasaran.

BERKESAN
Pengguna mampu menurunkan berat badan 5-6 kg dengan pengambilan sebulan RxLite. Namun ada pengguna yang benar-benar mengikuti terapi RxLite dapat menurunkan berat sehingga 20kg dalam tempoh sebulan.


Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian 2 kotak RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite dan Mengapa?

>>Kanak-kanak di bawah 12 tahun,lemak kanak-kanak akan hilang dengan sendiri apabila mereka mencecah umur matang.
>> Ibu mengandung,kerana kandungan bahan aktif yang membakar lemak boleh membawa kesan mudarat kepada bayi dalam kandungan untuk membesar
>> Mereka yang
mempunyai sejarah sawan kerana reaksi bahan aktif pembakar tidak serasi dengan tubuh badan pesakit sawan
>>Mereka yang mempunyai masalah
jantung yang kronik
>>Ibu yang menyusu
tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

6. Bilakah masa paling sesuai untuk mengambil RxLite dan kekerapannya?

Jumlah minima untuk keberkesanan efektif adalah 2 peket sehari untuk menggantikan 2 waktu makan biasa anda. Sebagai contoh, anda menggantikan sarapan dan makan tengahari dengan RxLite. Masa yang paling sesuai adalah apabila anda merasa lapar untuk makan, dan bukan mengikut jadual tertentu. Bagi mereka yang benar-benar ingin keputusan pantas dan tidak membawa sebarang masalah kesihatan, anda digalakkan mengambil 3 peket sehari untuk mengganti sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang atau snek malam.

7. Adakah jenis pemakanan yang sesuai sewaktu mengambil RxLite?

Untuk kesan yang optimum, anda digalakkan mengubah kandungan pemakanan anda dari lebih karbohidrat (nasi, roti, ubi dan lain lain) kepada lebih banyak protein (ayam, ikan, daging dan lain lain). Nasi dan roti terutamanya boleh membantut proses pelangsingan badan anda disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi dan budaya pemakanan orang Asia yang menekankan menu nasi.

8. Adakah berat badan akan berkurangan dengan hanya meminum RxLite?
Ya. Walaubagaimanapun, untuk kesan yang lebih pantas, efektif dan sekata, anda dinasihatkan mengamalkan terapi pemakanan Pelangsingan RxLite dan meningkatkan aktiviti fizikal harian anda. Diet yang berat protein dan kurang karbohidrat berserta pergerakan fizikal yang banyak dapat membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.

9. Apakah kesan sampingan meminum RxLite?
RxLite telah direka dengan formula yang memberi impak minima terhadap tubuh badan manusia. Sebarang tindak balas yang berlaku merupakan respon tubuh badan secara semulajadi terhadap elemen baru yang diterima. Kajian kami menunjukkan bahawa sebarang ketidakselesaan (jika ada) akan hilang setelah penggunaan selama beberapa hari



10. Naik jerawat selepas mengamalkan RxLite
Kadangkala sesetengah kandungan makanan boleh menyebabkan reaksi kepada kulit, terutamanya jika kulit sensitif kepada haba dan peluh. Untuk membantu anda menghadapi masalah ini, kami cadangkan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong (sebaiknya air seperti Rx-Water) sejurus selepas meminum RxLite untuk mengurangkan rasa panas dan membantu proses pembakaran lemak yang lebih efektif.

11.Adakah mengambil pil perancang, iud atau ubat-ubatan lain tidak memberi kesan penurunan berat badan?
Sebenarnya sesetengah medikasi bukan membawa kesan khusus kepada RxLite, tetapi apa sahaja produk yang memerlukan tindak balas sistem pembakaran lemak di dalam tubuh badan. Bagi pengguna pil perancang, sehingga ke hari ini, kami menerima maklum balas yang bercampur-campur. Ada yang kurangkan berat badan, dan ada yang tiada perbezaan. Oleh itu, cadangkan untuk mencuba dahulu satu set, untuk menilai sendiri sama ada tubuh badan anda memberi tindak balas atau tidak.

Jika kita tidak tahu kita mengandung pada awal bulan pertama/kedua ,adakah ia akan membahayakan bayi dalam kandungan Amaran tidak menggalakkan wanita mengandung dan menyusu untuk tidak minum RxLite hanyalah sebahagian daripada polisi Dato' Dr. Noordin Darus untuk tidak mengambil sebarang risiko, walaupun secara saintifiknya, impak RxLite terhadap golongan ini amatlah kecil dan hanya melibat 5-10% populasi. Oleh itu, pengambilan RxLite tanpa sengaja ketika mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhenti serta merta bagi memastikan pembesaran berat dan nutrient yang secukupnya untuk kandungan.

12.Diabetes tidak menurun malah makin meningkat
Yang penting bagi pengidap diabetes adalah kandungan gula yang diambil secara keseluruhan. Jika tabiat pemakanan dan pengambilan gula kekal pada paras lama, kemudian ditambah dengan RxLite, maka secara logiknya paras gula akan meningkat. Oleh itu, kami nasihatkan anda membaca maklumat kesihatan yang terdapat di kotak RxLite, dan membuat perubahan dalam pengambilan gula dari sumber yang lain agar jumlah diambil tidak meningkat. Pada masa yang sama,jangan putus asa kerana salah satu cara untuk membantu pesakit diabetes adalah untuk menjaga berat badan ideal anda.

13.Kenapa harus minum air yang banyak bila mengambil RxLite?
Nasihat untuk minum banyak air sebenarnya bukan khas untuk RxLite tetapi untuk kesihatan umum (cadangan 8 gelas sehari, atau 2.5 liter). Apabila badan mempunyai air yang cukup, ianya mempercepatkan semua proses pembakaran lemak, melancarkan perjalanan darah, dan meningkatkan tahap metabolisme disamping mengawal rasa lapar. Pada masa yang sama, RxLite juga mengandungi bahan pembakar lemak yang MUNGKIN membuatkan anda terasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu, gantikan kehilangan air ini dengan mengambil sekurang-kurangnya 500 ml air kosong bersih (seperti Rx-Water) selepas mengambil RxLite.

Kenapa ada yang tambah berat badan di bulan puasa?
Ketika bulan puasa, ramai yang salah anggap bahawa dengan tidak makan, secara automatik tubuh badan akan membakar lemak. Realitinya adalah jumlah kalori dalam sehari yang diambil memainkan peranan yang penting. Walaupun bilangan hidangan dikurangkan, tetapi jika sewaktu berbuka anda mengambil jumlah kalori yang tinggi, berat badan pasti akan meningkat.

Pada masa yang sama, pengambilan hidangan kecil, walaupun banyak kali (eg: 5x sehari) didapati lebih efektif dalam proses pelangsingan badan berbanding kurangkan hidangan makan, tetapi satu hidangan itu begitu banyak makanan. Ketika bulan puasa, cuba pecahkan hidangan berbuka kepada bahagian lebih kecil dengan tempoh ½ jam di antara pengambilan juadah.

Jangan lupa, sekiranya anda mengambil kalori yang sama seperti tidak berpuasa, tetapi pada bulan puasa anda KURANGKAN AKTIVITI FIZIKAL, manakala secara semulajadi badan akan bertambah berat.

14.Kenapa masih berasa lapar walaupun sudah mengambil RxLite?
Perasaan lapar sesudah mengambil RxLite adalah satu perkara yang tidak perlu dirisaukan. RxLite merupakan minuman koko ringan yang mempunyai kandungan kalori rendah membuatkan sesetengah individu dengan kadar metabolisme tinggi terhadap gula merasa "tidak puas" atau lapar.

Pada masa yang sama, sesetengah dari individu mempunyai daya adaptasi yang rendah terhadap sebarang perubahan corak pemakanan. Bagi kumpulan ini, perasaan lapar itu akan hilang setelah lebih 3-4 hari mengamalkan pengambilan RxLite. Bagi yang lain, anda dinasihatkan mengambil 500 ml air kosong bersih (seperti RxWater) selepas mengambil secawan RxLite dan tunggu 30 minit sebelum merasa kesannya dalam mengurangkan rasa lapar. Sekiranya anda masih lagi rasa lapar, silalah makan makanan rendah karbohidrat seperti daging, ayam dan ikan.

15.Walaupun telah menghadkan pengambilan makanan, senaman, minum air yang banyak, kenapa berat badan masih belum turun?
Kes seperti ini, walaupun jarang, tetap akan berlaku. Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas berbeza dari yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak kurangkan berat badan, tetapi semakin meningkat! Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain.

Pastikan pengambilan kalori harian anda sekarang (sebelum berdiet), kemudian lakukan penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat. Sebagai contoh, sekiranya badan anda telah biasa mengambil 2500 kcal sehari, kurangkan 500 kcal untuk minggu pertama. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda (seperti kopi)!!!

Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari. Jika boleh, RxLite ini mengganti hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite!

Sekiranya anda masih tidak tahan lapar selepas 30 minit mengambil RxLite, anda digalakkan mengambil makanan rendah karbohidrat tetapi tinggi protein seperti ayam dan daging (jangan ambil bahagian lemak/kulit), ikan dan makanan laut. Tingkatkan aktiviti fizikal harian dengan satu langkah mudah – berjalan kaki (walaupun santai) di antara 15-30 minit selepas setiap kali waktu makan (terutamanya makan malam). Tindakan ini sahaja didapati dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 50%. Oh yea, disiplinkan diri untuk makan seawal yang mungkin di waktu malam (maksimum sebelum pukul 9 malam atau 2 jam sebelum tidur). Dan yang terakhir, kunyahlah makanan yang dimakan sekurang-kurang 20x secara perlahan-lahan dan nikmati setiap rasa makanan tersebut. Tips ini didapati dapat mempercepatkan rasa kenyang, dan sebenarnya mempercepatkan pembakaran lemak dalam makanan tersebut melalui enzim air liur.

16.Setiap kali minum RxLite, terasa sakit kepala
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang mempunyai reaksi seperti pening kepala, terlebih berpeluh dan gastrik. Ini adalah tindak balas tubuh badan terhadap kandungan pembakar lemak di dalam badan. Tetapi reaksi ini sebenarnya bersifat sementara dan menggambarkan kelemahan sedia ada dalam tubuh badan.

Bagi mengurangkan impak RxLite secara fizikal seperti ini, ambil 500 ml air kosong bersih selepas meminum RxLite. Ini dapat mengimbangi kandungan bahan asing di dalam badan, mengurangkan suhu badan, dan membantu mengurangkan tindak balas asid perut yang menyebabkan gastrik.

Golongan seperti ini juga dinasihatkan untuk mengambil hanya 1x RxLite sehari buat permulaan dan secara berperingkat meningkatkan pengambilan berdasarkan keselesaan tubuh badan anda. Dalam masa 7 hari, tubuh badan manusia pasti sudah adaptasi dengan pengambilan RxLite.


Kandungan RxLite






Thursday, August 12, 2010

Pek Percubaan


1) 10 packet rx lite - RM52 (termasuk poslaju ke semenanjung + 1 paket rx coffee FREE)

2) 15packet rx lite RM69 (termasuk poslaju ke semenanjung + 2 paket rx coffee FREE)

3) 10 packet rx lite + 10 packet rx coffee - RM67 (termasuk poslaju ke semenanjung)

4) 2 kotak rx lite - RM248 (FREE POSTAGE ke semenanjung)

Tuesday, June 29, 2010

Carino - Pencerah Kulit Semulajadi Beraura




Pencerah Kulit Semulajadi Beraura

WorldWellness telah mencipta satu pencapaian unik dengan menggabungkan produk-produk individu supaya berfungsi bersama dengan baik sambil mengutamakan kandungan semulajadi. Setiap produk Reijuva Carino berupaya menghasilkan keputusan profesional dengan berfungsi secara sistematik untuk membantu anda kelihatan lebih muda, sihat dan lebih cantik.

Reijuva Carino adalah penjagaan kulit profesional beraura yang diadun dengan AFA III (Aura Aktif Segar) satu ramuan istimewa yang menggunakan bunga Saffron, satu-satunya rempah termahal di dunia yang digunakan dalam terapi kecantikan sejati.

Reijuva Carino Cleanser
Menghilangkan kotoran, sel kulit mati dan solekan.

Ciri-ciri


Formula Unik - mengandungi ekstrak seperti Saxifraga Sarmentosa, Morus Bombycis Root (Mulberry), biji anggur (Vitis Vinifera) dan akar Scutellaria Baicalensis yang membantu menghalang pigmentasi.

Minyak Lavender - membantu memperbaiki kulit kering.

Panthenol - membantu memperbaiki sel dan melembapkan kulit.

Asid Elagik
Mencerahkan kulit.
Mempunyai anti-oksidan, anti-mutagen, dan anti-kanser.
Melindungi kerosakan kulit dari radikal bebas.
Melambatkan proses penuaan.

Ekstrak Saffron
Sebagai agen antioksida.
Membantu mencerahkan kulit.
Sebagai anti-penuaan dan meneutralkan radikal bebas.

Kebaikan
Gel Pembersih & Penyubur Wajah memberi kelembapan & rangsangan kepada wajah.
Secara lembut menghilangkan kotoran, sel kulit mati, solekan dan kesan lain yang merosakkan lapisan epidermis kulit anda.

Cara Penggunaan
Gunakan pada sebelah pagi dan malam. Basahkan muka dan leher dan urut dengan perlahan. Bilas dengan air.


Reijuva Carino Toner
Membantu mengimbangkan kulit anda dengan menghadkan produksi ’sebum’ berlebihan, mengetatkan rongga kulit serta mengekalkan tahap pH kulit.

Ciri-ciri

Formula yang unik - mengandungi bahan seperti ekstrak Saxifraga sarmentosa, akar Morus Bombycis Roots (Mulberry), ekstrak biji anggur (Vitis Vinifera) dan ekstrak Akar Skutellaria Baicalensis yang membantu menyembuhkan pigmentasi.

Minyak Geranium - membantu mengimbangi pengeluaran sebum.

Panthenol - membantu memperbaiki sel dan melembapkan kulit.

Asid Elagik
Mencerahkan kulit.
Mempunyai anti-oksidan, anti-mutagen, dan anti-kanser.
Melindungi kerosakan kulit dari radikal bebas.
Melambatkan proses penuaan.

Ekstrak Saffron
Sebagai agen antioksida.
Membantu mencerahkan kulit.
Sebagai anti-penuaan dan meneutralkan radikal bebas.

Kebaikan
Melegakan, menenangkan dan menyegarkan.
Membantu mengimbangkan kulit anda dengan mengawal pengeluaran sebum berlebihan, mengetatkan rongga kulit serta mengekalkan tahap pH kulit.

Cara Penggunaan
Selepas membersihkan wajah dengan menggunakan REIJUVA CARINOTM CLEANSER, basahkan kapas dengan REIJUVA CARINOTM TONER. Sapu pada seluruh wajah termasuk leher, untuk membersihkan kotoran yang tertinggal serta menyegarkan semula kulit.

Reijuva Carino Day Cream & Sun Protection
Memberikan perlindungan semulajadi dari sinaran matahari serta sinaran berbahaya UVA dan UVB sambil mencerah dan melicinkan kulit anda.

Ciri-ciri

Formula yang unik - mengandungi bahan seperti ekstrak Saxifraga sarmentosa, akar Morus Bombycis Roots (Mulberry), ekstrak biji anggur (Vitis Vinifera) dan ekstrak Akar Skutellaria Baicalensis yang membantu menyembuhkan pigmentasi.

Minyak Geranium - membantu mengimbangi pengeluaran sebum.

Sodium Hyaluronate - memainkan peranan dalam melembapkan kulit serta membantu menghilangkan kedutan agar kulit kelihatan licin.

Asid Elagik
Mencerahkan kulit.
Mempunyai anti-oksidan, anti-mutagen, dan anti-kanser.
Melindungi kerosakan kulit dari radikal bebas.
Melambatkan proses penuaan.

Ekstrak Saffron
Sebagai agen antioksida.
Membantu mencerahkan kulit.
Sebagai anti-penuaan dan meneutralkan radikal bebas.

Kebaikan
Memutihkan, memberi kelembapan, melicinkan serta mengawal sinar ultra-ungu.
Memberikan perlindungan semulajadi dari sinaran matahari serta sinaran berbahaya UVA dan UVB sambil mencerah dan melembapkan kulit agar lebih lincin.

Cara Penggunaan
Setelah membersihkan wajah dengan REIJUVA CARINO CLEANSER, dan REIJUVA CARINO TONER, pam sedikit REIJUVA CARINO DAY CREAM ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah.


Reijuva Carino Night Cream
Membantu anda mempunyai kulit yang lebih lembut, lebih cerah dan berseri-seri.

Ciri-ciri

Formula yang unik - mengandungi bahan seperti ekstrak Saxifraga sarmentosa, akar Morus Bombycis Roots (Mulberry), ekstrak biji anggur (Vitis Vinifera) dan ekstrak Akar Skutellaria Baicalensis yang membantu menyembuhkan pigmentasi.

Minyak Jojoba - membantu mengurangkan kedutan dan kesan parut serta membantu dalam pertumbuhan sel kulit yang baru.

Irvingia Gabonensis Kernel Butter - melembapkan dan melembutkan kulit.

Tocopheryl Acetate (Vitamin E) - melindungi sel dari kerosakan radikal bebas.

Akar Imperata Cylindria - melembapkan epidermis.

Asid Elagik
Mencerahkan kulit.
Mempunyai anti-oksidan, anti-mutagen, dan anti-kanser.
Melindungi kerosakan kulit dari radikal bebas.
Melambatkan proses penuaan.

Ekstrak Saffron
Sebagai agen antioksida.
Membantu mencerahkan kulit.
Sebagai anti-penuaan dan meneutralkan radikal bebas.

Kebaikan
Memutihkan, membangunkan semula sel dan memberi kelembapan .
Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit anda lebih cerah dan licin.

Cara Penggunaan
Digunakan pada waktu malam selepas membersihkan wajah dengan menggunakan REIJUVA CARINO CLEANSER dan REIJUVA CARINO TONER. Pam sedikit REIJUVA CARINO NIGHT CREAM ke atas jari dan sapu pada wajah dan leher.



Testimoni

Bermula dari menggunakan salah satu produk dari Indonesia, wajah saya mengalami komplikasi dimana wajah saya menjadi bengkak setelah menggunakannya selama setahun. Setelah seminggu mencuba Carino, saya dapat melihat perubahannya. Pada minggu kedua, wajah yang kusam telah bertukar menjadi putih dan bersih. Saya juga tidak perlu menggunakan bedak asas kerana sudah memadai hanya menggunakan Carino Day Cream.
Suziana Mohd Yamin

Selama 2 minggu saya menggunakan set Carino® parut bisul di pipi dan parut kesan cakaran kucing di hidung dan juga di pipi semakin menghilang!
Johaini binti Ab. Jalal, 34 Tahun

Dulu wajah saya mempunyai masalah jerawat dan warna kulit wajah yang tidak sekata. Selepas menggunakan set Carino®, muka saya semakin cerah dan berseri-seri. Jerawat saya juga mula menghilang. Saya selalu percaya kesihatan dalaman juga penting maka saya minum Rx-Water® dan mengambil 7 Haven® capsules untuk kesihatan yang sejahtera.
Shawnee Choo, 30 Tahun

Saya memang suka berenang dan selalu terkena cahaya matahari. Muka saya mempunyai banyak jeragat. Kadang kala saya malu nak berjumpa dengan kawan. 6 bulan lepas, kawan saya menghadiahkan satu set Carino® basic set untuk saya. Selepas 3 bulan menggunakannya, saya dapat perhatikan perubahan pada wajah saya, ia lebih lembut, licin dan kedutan pun berkurangan.

Premjit Kaur, 42 Tahun

Rx-Tra




Harga
1 botol 60ml - RM248
5 botol 10ml - RM248

Rx-17




Ilham Murni seteguk Air
Rx17 adalah ilham terkini Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar motivasi kesihatan yang menukar musibah penyakit kanser yang menimpa dirinya kepada satu misi untuk membantu orang lain melalui terapi Rx-Water.

Dan kini, berteraskan Kesejahteraan, Kebahagiaan dan Keharmonian, Rx17 dilahirkan sebagai air minuman yang menjamin kesihatan yang optimum kepada Minda, Tubuh Badan dan Rohani.

Tubuh badan kita mempunyai Sistem Pemulihan Semulajadi atau Self Healing System (SHS). Malangnya sistem ini tidak diberi peluang untuk berfungsi sepenuhnya oleh kerana minda, tubuh badan dan rohani kita tidak seimbang.

Sekadar melakukan rawatan terhadap tubuh badan sahaja tidak mencukupi memandangkan semua tindakan tubuh badan kita bermula daripada niat rohaniah kita sendiri. Cara yang terbaik untuk meningkatkan SHS kita adalah dengan membersihkan Minda, Tubuh Badan & Rohani. Apabila ketiga-tiga ini berada dalam keadaan harmoni, maka kesejahteraan dan kebahagiaan akan menjadi kenyataan dan berkekalan.

Rx17 berfungsi dengan cara penghijrahan khasiat-khasiat semulajadi melalui informasi kepada Sistem Pemulihan Semulajadi tubuh kita supaya ia lebih seimbang. Terapi penghijrahan informasi ini adalah yang terkini dan terulung kali digunakan dalam air secara saintifik dan diibaratkan sebagai doa

Rx17 MENGGABUNGKAN ELEMEN-ELEMEN :

i) FIZIKAL
Vitamin, enzim, zat galian, Rx-Water dan tanah liat.

ii) INFORMASI
Herba semulajadi, terapi warna, kristal, esen bunga-bungaan, madu, terapi Rx-Water,
air zam-zam, enzim, hormon dan garam schuessler.

iii) ROHANIAH
Semua Penyakit bermula daripada rohani yang datangnya daripada kehendak Tuhan dan juga tingkah laku kita. Ilham murni Rx17 merangkumi hasrat-hasrat yang mampu diserapkan ke dalam sanubari kita, seperti :

•Aku Sihat Walafiat
•Aku Ceria Dan Bertenaga
•Aku Pengasih Dan Penyayang
•Aku Bersyukur
•Aku Tenang
•Aku Pemaaf
•Aku Penyabar
•Aku Berani
•Aku Ikhlas
•Aku Bertanggungjawab
•Aku Berdisiplin
•Aku Rajin Dan Bijaksana
•dan lain-lain

Rx17 membantu mengubat dan menghindar lebih daripada 70 jenis penyakit, antaranya kanser, Strok, Hiperaktif, Darah Tinggi, Kencing Manis, Gout, Sle Allergi, Kegemukan, Arthritis, Sakit Sendi, Ekzema, Lelah, Sakit Jantung, Migrain, Gastrik, Stress, Agarofobia, Senggugut, Sembelit, Hiper-tiroid, Batu Karang, Konjunktivitis, Buasir, Tinnitus, Angin Pasang, Resdung, Lemah Tenaga Batin dan lain-lain penyakit kronik atau akut.

Rx17 adalah selamat diminum oleh semua golongan umur termasuk ibu-ibu yang mengandung. Untuk kesihatan optimum, anda disyorkan mengambil 5 botol Rx17 dalam sehari. Ia lebih mujarab jika diambil bersama-sama Rx-Salt dan Rx-Tra.

Isi Kandungan
1 botol - 500ml
1 katon - 24botol x 500ml

Harga Pasaran
2 botol - RM7.90
1 Katon(24 botol x 500ml) - RM93

Monday, June 21, 2010

The All New RxWater



Inilah saatnya yang dinanti-nantikan oleh semua 'warga' Worldwellness Network, Revolusi terbaharu Sistem Penapisan Air Berpenawar 2-Dalam-1 yang sangat unik, 'The All-New RxWater' yang merupakan inovasi terhebat oleh Dato Dr. Noordin Darus. Ia bukan lagi satu rahsia. Segala-galanya sudah pun terungkap
Teknologi yang diperkenalkan dengan Sistem terbaharu ini adalah yang pertama & satu-satu seumpamanya di DUNIA dalam sistem penapisan air di rumah.

RxWater yang terbaharu ini mempunyai beberapa kriteria baru yang sangat unik selain mengekalkan bahan utama & sifat unik RxWater lama yang mengeluarkan Air yang bersifat Suci, mengekalkan 'Roh' air yang bersifat 'Hidup' & berpenawar serta mengekalkan unsur Tanah Liat khas yang menyucikan & menyamak bekalan air dari kehadiran unsur2 najis berat, memberikan sifat penawar dan gelombang Medan Tenaga GeMaMit yang unik pada RxWater sejak hampir 8 tahun yang lalu. Ia adalah kombinasi Air RxWater yang 'Hidup' dan berpenawar dengan sifat keAlkalian & Teknologi FIR yang ditambah secara semulajadi & juga Teknologi Air Ozon yang menjadikannya juga sebagai Food Detoxifier atau Sterilizer yang hebat dengan hanya 'Satu Sentuhan' sahaja pada punat khas Alat penapis ini. Nilai tambah baru yang terdapat pada Sistem terbaharu 'The All-New RxWater ' ini adalah:

1) Agen Bio-Aktif Bamboo-Qun yang pertama seumpamanya di Dunia dan dipatenkan oleh Worldwellness Network - Ia diadaptasikan dari teknologi zaman Dinasti Ming pada tahun 1428 yang menyimpan air yang diambil dari perigi Diraja dan disimpan di dalam Buluh khas. Zat bio-aktif Buluh adalah 10 kali ganda lebih kuat dari Arang kayu atau Arang Tempurung. Air yang tersimpan ini menjadi begitu bersih & selamat kerana agen bio-aktif Bamboo-Qun ini 'hidup dengan memakan bakteria'. Di samping ianya memberi rasa sedap dan Tenaga FIR semulajadi kepada Air


2) Biominex Beads pula mengion & mengalkali Air dan menghasilkan pH air dari 8 ke 8.5 di samping Activated Carbon yang menyerap bau-bauan, warna & bahan toksik seperti Klorin

3) Teknologi Crystal Ball mewujudkan Pemindahan Tenaga & pengaktifan penyembuhan semulajadi ( ia sama seperti batu-batuan kristal mahal yang dijual di kedai2 kristal yang mempunyai nilai Terapeutik)

4) Rx-Ozon: The All New RxWater bukan sahaja menapis air minuman dan menghasilkan air berkhasiat, tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian. One Touch Technology pada Plat elektronik menggunakan kuasa rendah untuk menghasilkan Ozon pada konsentrasi 0.125-0.255 ppm untuk digabungkan bersama RxWater. Ia merupakan Food Detoxifier & Sterilizer yang hebat


* Air padat Ozon bertindak 3000X lebih kuat dari Klorin (tanpa bahaya seperti Klorin)

* Menghilangkan kotoran, bahan kimia, racun, bakteria & Virus. Ia bertindak sebagai sterilizer

* Menghilangkan bau, bahan pengawet, racun kulat, racun serangga pada Sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan2 lain (dengan merendamnya ke dalam air padat Ozon)

* Mengekalkan kesegaran makanan

* Menghilangkan bau hanyir pada ikan (terutama ikan air tawar) dan makanan2 laut lain

* Menghilangkan bau-bau yang melekat pada tangan seperti bau Durian, bawang putih, belacan dll dengan hanya membasuhnya dalam 1 minit sahaja tanpa menggunakan sabun

* Menghilangkan bau yang tak sedap pada mulut (bau petai, Jering, Durian, bau tar rokok dll) dengan berkumur-kumur dengannya dan bau badan yang kuat dengan menyapu bahagian tubuh dengan air Rx-Ozone

*Pensteril botol bayi, peralatan dapur, tub mandi, sudu, senduk & garfu, berus gigi, sinki, mainan kanak-kanak, lantai, akuarium, sesuai digunakan di Spa, menghilangkan bau 'hancing' pada lantai bilik air dengan hanya satu siraman sahaja tanpa perlu disental selain boleh diguna untuk merendam pakaian bagi menghilangkan bau hapak & kotoran pada pakaian (malah lebih hebat dari menggunakan peluntur seperti Clorox dll tanpa apa2 kesan kimia yang 'tajam' pada kulit kita dari bahan Klorin konsentrasi tinggi). Air Rx-Ozon juga boleh digunakan untuk perawatan muka yang berjerawat, berjeragat, menyembuhkan kudis, luka, jangkitan kulat pada kulit seperti panau, atheletes foot, kurap dll selain bagus untuk digunakan untuk berkumur-kumur bagi menyembuhkan sakit tekak, bisa2 dari luka2 dalam mulut dll. Hebat kan?




Tetapi jangan risau. Kita telah difahamkan melalui Ilmu tentang 'Air Hidup' RxWater sebelum ini bahawa Air Hidup akan mati jika terkena arus Elektrik. Air RxWater dalam Sistem 2 dalam 1 The All-New Rx-Water ini tidak akan terkena arus Elektrik selagi kita tidak tekan butang untuk mengeluarkan Rx-Ozone. Oleh itu, kita mendapat 2 manfaat yang berbeza dalam satu alat. Wow! Memang hebat.


Sistem hose & diverter pun adalah yang terkini & dipatenkan.

Harganya jangan risau. Ia adalah antara yang paling lumayan di pasaran walaupun menawarkan ciri-ciri yang hebat & bersifat Multipurpose. Cuba anda buat perbandingan jika anda perlu membeli 1 alat sistem penapis air & 1 lagi alat Ozonizer atau Ozone Sterilizer di pasaran sekarang. Alat2 penapis air yang mempunyai International Standard, rata-ratanya berharga >RM1700 sedangkan alat2 Ozone Sterilizer atau Food Detoxifier pula rata-rata berharga antara RM1500 ke RM2000. Jika anda perlu membelinya secara berasingan, maka anda perlu mengeluarkan modal sebanyak RM3500 ke RM 4000. Mahalkan? Berapakah harga 'The All-New Rx-Water' 2 dalam 1 ini? Jawapannya ialah jauh lebih murah dari kombinasi keduanya iaitu hanya RM2880 sahaja (member price) dengan menyertai kami sebagai ahli WWN dengan yuran yang sangat rendah selain layak mendapat bonus untuk penjimatan yang lebih lagi atau lebih menakjubkan jika anda sama-sama menyertai gagasan kami sebagai group yang paling aktif dan menjana pendapatan yang sangat lumayan (jika tidak, anda boleh membelinya dengan harga Runcit iaitu RM3280).Selain itu, anda juga boleh Trade-in filter-filter lama anda untuk mendapatkan rebet untuk membeli The All-New Rx-Water dengan harga yang lebih murah

Harga member untuk The All-New Rx-Water ialah RM2880 (Harga Runcitnya ialah RM3280).
Ada juga skim bayaran mudah Ansuran 0% interest (dari harga Member, bukan harga Runcit) 6X atau 12X Ansuran dengan Kad Kredit dari Bank2 Tempatan :


Skim Pembayaran Kad Kredit Ansuran (0 % Ezy-Payment) - Diproses melalui HQ (Pemegang Kad harus hadir ke HQ):

Maybank - 6 bulan & 12 Bulan


Ambank - 6, 12 & 24 bulan


Public Bank - 6 & 12 bulan


CIMB Bank - 6 & 12 bulan


Hong Leong Bank - 6 & 12 bulan


HSBC & MBF) - 6 & 12 bulan


Pelan Pembiayaan 0% Rx-Water - Diproses Melalui Pengisian Borang sahaja (Pemegang kad tak perlu hadir ke HQ)


Hong Leong Bank - 6 & 12 Bulan


AmBank - 6 & 12 Bulan


Public Bank - 6 & 12 Bulan


Maybank - 6 bulan


Bank Islam - 12 & 24 Bulan


Berminat? Hubungi kami segera untuk proses memohon Skim Ansuran ini dan kami akan pasangkan Sistem The All-New Rx-Water di rumah anda

Tuesday, June 8, 2010

Terapi Pelangsingan RxLite