Tuesday, August 16, 2011

Testimoni RxYoung















Thursday, April 28, 2011

Set Lengkap - Pakej Cantik














Wednesday, April 6, 2011

Super RxLite

Super Rxlite - 1 kotak mengandungi 30 sachet

Harga : RM250.00 + Keahlian Worldwellness


Menulis tentang Super Rxlite pula, sepertimana kita tau kehebatan Rxlite coklat yang memang sangat berkesan utk menurunkan berat badan dan puluhan usahawan dari Team Ekin Wellness bermula dari pengguna Rxlite contohnya Noor Bayah, Sharniza, Noni, Faiz .. namun begitu setelah sampai satu tahap, biasanya selepas 4 bulan, penurunan menjadi statik... mungkin badan dah immune dgn Rxlite.. memang ramai juga yang bg feed back pada DDND tentang perkara ni.. ada yg cakap Rxlite dah tak lagi berkesan la.. bla.. bla.. bla... tu yg best bila big boss merangkap pemilik syarikat merangkap pencipta produk nih.. dalam diam beliau mencari formula utk mencipta satu produk booster yang kasi cepat lagi turunkan berat badan dan yang penting konsep tetap sama dgn Rxlite coklat - Mudah ~ Selamat ~ Berkesan! Pada mereka yang menurunkan berat badan dgn lebih lancar, jom le kombinasikan Rxlite coklat dengan Super Rxlite nih.. Dalam Super Rxlite ni terkandung semua yang ada dalam Rxlite coklat cuma ditambah dengan 2 bahan aktif yang baru yang pastinya lebih berikan kesan yang lebih mantap iaitu Jati Belanda (Guazuma Ulmifolia Leaf) yang berfungsi utk menghilangkan lemak dan juga Ekstrak Hoodia(Tumbuhan ala kaktus dari Afrika Selatan) utk menahan lapar dan ditambah dgn ekstrak Malt dan juga beras perang utk membuatkan kita akan merasa lebih kenyang..

Kandungan bahan aktif yang terkandung di dalam SuperRxLite
*(Jati Belanda) dari Indonesia

*melarut dan mengeluarkan lemak

*anti kolestrol

*meningkatkan HDL (kolestrol baik) dan menurunkan LDL (kolestrol jahat)

*menjaga pembuluh darah



Ekstrak Hoodia

Tumbuhan ala kaktus dari Afrika Selatan

*mengurangkan rasa lapar

*memecahkan lemak

*meningkatkan metabolisma

*meningkatkan tenaga

*tanpa kesan sampingan



Garcinia Cambogia

Asam gelugor (India & SEA)

*meningkatkan rasa kenyang

*meningkatkan pembakaran lemak

*menurunkan selera makan

*mengurangkan pertumbuhan tisu lemak

*mengurangkan ulser perut

*menurunkan kolestrol

*melindungi hati


L-carnitine

Dari sumber tumbuh-tumbuhan

*membakar lemak dan mengurangkan pengumpulan lemak

*meningkatkan kumpulan otot

*meningkatkan tenaga dan mengurangkan kelesuan

*meningkatkan kandungan sperma

*meningkatkan kebolehan seksual lelaki


Ekstrak Malt

Serat barli

*maltose (manis+tenaga)

*bernutrisi dan menyihatkan

*menambah ketepuan (cepat kenyang dan tahan lama)

*Vitamin B, protein, asid amino



Beras Perang

*B1, B3, B6, Manganese, Potassium, Ferrum, Selenium, Magnesium

*meningkatkan Fiber pemakanan, anti-oksida, gandum, perlindungan kanser

*mengurangkan Kolesterol

*mengurangkan Penyakit Kardiovaskular

*mengurangkan Diabetes

*mengurangkan Kanser Payudara


SuperRxLite sangat sesuai untuk program pelansingan lanjutan atau mereka yang memerlukan keputusan yang lebih cepat. Untuk cara penggunaan yang lebih khusus akan diberikan bersama sama pembelian. Amalkan bersama RxLite untuk kesan yang lebih pantas.

30 sachet untuk kegunaan sebulan.



Pek Percubaan Super Rxlite : 10 sachet + shaker - RM100.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

nak gabung dgn Rxlite Coklat? boleh juga..

7 SACHET RXLITE + 7 SACHET SUPER RXLITE = RM100.00


-percuma shaker Rxlite!!

Tuesday, March 15, 2011

RxYoung - Pengenalan


Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar kesejahteraan terkemuka dan doktor perubatan, merupakan pelopor terapi kesejahteraan alternatif selama lebih dari 20 tahun menerusi seminar terkemuka dan produk kesejahteraan yang diiktiraf. Dengan sifat ingin tahu dan pengalaman yang luas, Dr. Noordin Darus sentiasa berani mencuba penyelesaian baru dengan formulasi ciptaan sendiri untuk memenuhi keperluan harian pengguna.

Kini, beliau memperkenalkan yang terbaru dalam rawatan Anti-Penuaan dengan pengenalan Siri Produk RxYoung. Formulasi di dalam siri ini membantu menghalang penuaan awal, melawan radikal bebas yang merosakkan kulit, memperbaiki sel kulit yang rosak , mempertingkatkan produksi sel baru dan mengurangkan kesan penuaan.

Siri Produk RxYoung berfungsi dengan mencegah dan merawat. Oleh itu, ianya sesuai dengan semua jenis kulit dan peringkat umur, menjadi formula sejagat yang membantu menguruskan kesan penuaan.

Alami Keajaiban Anti-Penuaan Semulajadi dengan RxYoung
Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar kesejahteraan terkemuka dan doktor perubatan, merupakan pelopor terapi kesejahteraan alternatif selama lebih dari 20 tahun menerusi seminar terkemuka dan produk kesejahteraan yang diiktiraf. Dengan sifat ingin tahu dan pengalaman yang luas, Dr. Noordin Darus sentiasa berani mencuba penyelesaian baru dengan formulasi ciptaan sendiri untuk memenuhi keperluan harian pengguna.

Kini, beliau memperkenalkan yang terbaru dalam rawatan Anti-Penuaan dengan pengenalan Siri Produk RxYoung. Formulasi di dalam siri ini membantu menghalang penuaan awal, melawan radikal bebas yang merosakkan kulit, memperbaiki sel kulit yang rosak , mempertingkatkan produksi sel baru dan mengurangkan kesan penuaan.

Siri Produk RxYoung berfungsi dengan mencegah dan merawat. Oleh itu, ianya sesuai dengan semua jenis kulit dan peringkat umur, menjadi formula sejagat yang membantu menguruskan kesan penuaan.

Alami Keajaiban Anti-Penuaan Semulajadi dengan RxYoung

RxYoung Drink - Fountain Of Youth


Fountain Of Youth
RxYoung merupakan minuman awet muda dgn rasa roselle yang sangat lazat yang mampu memberi kesan anti penuaaan menggabungkan ramuan anti-oksida paling terkenal di dunia seperti Resveratrol, Acai Berry, Pomegranate, Grape Seed, Glutathione dengan Kolagen Marin, L-Arginine, BCAA & Roselle untuk membantu produksi semulajadi tisu protein yang penting ini, memberikan kulit yang lebih anjal, bersih dan lembut selepas hanya 15 hari penggunaan berterusan.

Harga
1 kotak - 30 sachet -RM270.00 (Percuma Keahlian WWN) + pos
Pek Percubaan - 10 sachet RM100

Ya, kecantikan itu bermula dari dalam badan kita, terutamanya sel-sel badan. Diet moden kita dipenuhi dengan makanan yang menyebabkan kerosakan kepada sel-sel ini, menyebabkan masalah kulit dan penuaan awal. Dengan minuman RxYoung Fountain of Youth, mulakan rawatan ke atas sel-sel anda dengan kombinasi unik kandungan utama yang berikut :
Resveratrol
Resveratrol terkenal sebagai ubat awet muda kerana kebolehan membersihkan pencemaran dalaman dan membantu kulit anda mengekalkan keanjalan serta mengurangkan garisan halus dan kedut

Grape Seed
Ekstrak Biji Anggur membantu meningkatkan keanjalan dan memperbaiki tona kulit melalui kandungan bioflavaoids semulajadi yang menjaga sel dari dirosakkan oleh radikal bebas.

Glutathione
Glutathione adalah raja anti-oksida yang membantu memperlahankan proses penuaan, detoksifikasi fungsi hati, menguatkan sistem imun kita dan mencerahkan tona kulit.

Acai Berry
Beri Acai terkenal sebagai “super-food” kerana kebolehan anti-oksida tinggi yang membantu melawan radikal bebas merosakkan kulit. Ia juga dikatakan membantu meningkatkan kekuatan jantung dan detoksifikasi.

Collagen
Kolagen membantu meningkatkan keanjalan kulit,mengurangkan kesan parut dan kehilangan rambut serta memperbaiki peredaran darah.

Minuman Anti-Penuaan Fountain of YOUTH
Apa yang anda faham tentang Anti-Penuaan? Menolak fitrah alam?Peningkatan usia adalah umur kronologi, sementara keupayaan sistem badan berfungsi dikenali sebagai umur biologi. Hari ini, UMUR BIOLOGI bergerak lebih pantas berbanding umur kronologi. Apa maksudnya? Maksudnya sistem badan kita LEBIH TUA berbanding umur kronologi. Kalau dulu, umur 30an masih sihat walafiat tanpa masalah kesihatan, namun kini berbeza sama sekali. Maka, Anti-Penuaan sebenarnya adalah untuk memastikan sistem badan berfungsi sekurang-kurangnya SAMA atau lebih muda berbanding umur biologi … ringkasnya, untuk kesihatan.

Punca utama penuaan awal adalah kerosakan pada sel disebabkan oleh radikal bebas yang aktif hasil daripada pemakanan dan persekitaran kita. Minuman RxYoung Fountain of Youth menggabungkan ramuan anti-oksida paling terkenal di dunia dengan kolagen untuk membantu produksi semulajadi tisu protein yang penting ini, memberikan kulit yang lebih anjal, bersih dan lembut selepas hanya 15 hari penggunaan berterusan. Gunakan bersama AM.PM Therapie untuk perlindungan dan rawatan lebih berkesan melawan penuaan awal.

Apabila mengamalkan RxYoung Drink secara berterusan, ia mampu memberikan kesan seperti berikut :-
* Mengurangkan kedut
* Menjadikan kulit lebih licin
* Meningkatkan tenaga
* Meningkatkan daya ketahanan badan
* Meningkatkan tenaga batin
* Membuatkan tidur lebih nyenyak
* Meningkat memori
* Meningkatkan `aura' positif
* Mengurangkan masalah penyakit kronik (Sakit Jantung, Kanser, Stoke, darah Tinggi, Masalah Memori, Penyakit Sendi & Otot, Tenaga batin, Mata, Telinga, Masalah Penghadaman dll)

RxYoung - AM.PM THERAPIE


Harga
1 unit RxYoung Cream - 40 gm -RM270.00
(Percuma Keahlian WWN)

Kulit kita sentiasa terdedah dengan persekitaran yang merosakkan kulit, dari sinar UV ke pencemaran, sehingga menyebabkan penuaan awal. Petanda seperti kedut dan garisan halus adalah bukti kemerosotan kesihatan sel-sel kulit. Krim RxYoung AM.PM Therapie membantu melawan kesan ini dengan formulasi unik yang menggabungkan, antara lain, bahan-bahan istimewa berikut :

Abalone Collagen
Kolagen terdiri dari protein dan membentuk penyokong permukaan kulit

bahagian dalam yang dikenali sebagai dermis. Ini dibentuk oleh sel yang disebut fibroblast. Apabila fibroblast menghasilkan kolagen, dermis akan jadi lebih tebal dan lapisan luar kulit tipis yang dikenali sebagai epidermis muncul untuk menghalang penuaan.

Arbutin
Arubitin adalah agen pemutihan semulajadi dengan kebolehan anti-penuaan semulajadi serta menapis UVB/UVC.


Licorice
Licorice mengandungi glycyrrhizinate, pelembap kulit yang amat efektif.
bantu melawan radang kulit, eczema, “stretch marks” dan psoriasis.



Xanthone
Xanthone terkenal kerana kebolehan anti-oksida yang 100 kali lebih berkuasa dari Vitamin A, C & E.
Xanthone membantu merawat sel yang rosak, memperlahankan penuaan dan menghalang penyakit “degenerative”.


Vitamin E
Vitamin E memban- tu melindungi kulit dari kerosakan awal sinar ultraviolet, meningkatkan
keberkesanan skrin matahari semulajadi dan mengurangkan kehilangan air dari kulit.


Krim Anti-Penuaan
AM.PM Therapie
Ucapkan selamat tinggal kepada kedut dan kesan halus dengan revolusi formulasi krim RxYoung AM.PM Therapie. AM.PM Therapie telah dicipta untuk berfungsi sebagai krim sepanjang hari - memberikan perlindungan di siang hari, dan merawat di waktu malam. Dengan perlindungan anti-UV, formulasi merangsang kolagen dan ciri anti-oksida, rasai perbezaan dalam 24 jam dan perubahan nyata selepas 15 hari penggunaan berterusan . Gunakan bersama Fountain of Youth untuk perlindungan dan rawatan dari penuaan awal yang lebih lengkap.

Cara penggunaan: Sapukan pada muka dan leher yang telah dicuci pada waktu siang dan malam. Untuk kesan yang lebih efektif, ikuti dengan urutan lembut di kawasan meridien. Rujuk pada rajah dibawah.

Thursday, February 24, 2011

RxLite



RxLite merupakan minum diet yang menggabungkan :-
Carcina Gambodia atau Asam Keping lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan. Ia berfungsi utk membakar lemak dan menahan lapar.
L-Carnitine merupakan sejenis zat yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga dan menghilangkan lemak meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.


Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh.

DND Fiber yang merupakan serat gandun formula Dato Dr Noordin Darus yg membuatkan anda merasa kenyang

Gula Fructose sebagai pemanis disamping membekalkan tenaga pada anda yang sedang berdiet.


RXLite berkhasiat dalam:-
Membantu membakar lemak
Diperkaya dengan vitamin dan mineral
Rasa koko yang lazat
Mengandungi anti-oksida





RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.

Harga
1 kotak - RM138.00 (30 sachet)
2kotak -
RM248.00

Pek Percubaan :
10 sachet + shaker - RM50.00
20 sachet + shaker - RM95.00

Nak Daftar Ahli Hanya Perlu Bayar RM250, Anda Akan Dapat
>>Keahlian WWN
>>2 kotak RxLite(Setiap kotak 30 sachet)
>>Shaker
>>Penghantaran Percuma

UNTUK YANG BERMINAT JADI AHLI EMAILKAN
Nama:
No Kad Pengenalan:
Alamat Rumah:
No HP:
Nama/No KP Pewaris


KELEBIHAN RXLITE
MUDAH

RxLite datang dalam bentuk pek pracampuran(sachet) dan dibancuh dalam 150ml air sahaja atau boleh
dibancuh dengan susu, soya dan buah-buahan. Tiada pantang larang dalam pengambilan RxLite
.

LAZAT
RxLite tidak menggunakan perasa tiruan sebaliknya menjadikan KOKO sebagai asas produk. Di dalam pasaran, bancian menunjukkan RxLite lebih sedap berbanding produk-produk lain. Ini adalah penting bagi memastikan anda dapat menggunakan produk ini secara berterusan.

BERBALOI
RxLite dicipta untuk kegunaan orang ramai bagi jangka masa panjang dengan kos penggunaannya yg terendah di pasaran.

BERKESAN
Pengguna mampu menurunkan berat badan 5-6 kg dengan pengambilan sebulan RxLite. Namun ada pengguna yang benar-benar mengikuti terapi RxLite dapat menurunkan berat sehingga 20kg dalam tempoh sebulan.


Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian 2 kotak RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite dan Mengapa?

>>Kanak-kanak di bawah 12 tahun,lemak kanak-kanak akan hilang dengan sendiri apabila mereka mencecah umur matang.
>> Ibu mengandung,kerana kandungan bahan aktif yang membakar lemak boleh membawa kesan mudarat kepada bayi dalam kandungan untuk membesar
>> Mereka yang
mempunyai sejarah sawan kerana reaksi bahan aktif pembakar tidak serasi dengan tubuh badan pesakit sawan
>>Mereka yang mempunyai masalah
jantung yang kronik
>>Ibu yang menyusu
tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

6. Bilakah masa paling sesuai untuk mengambil RxLite dan kekerapannya?

Jumlah minima untuk keberkesanan efektif adalah 2 peket sehari untuk menggantikan 2 waktu makan biasa anda. Sebagai contoh, anda menggantikan sarapan dan makan tengahari dengan RxLite. Masa yang paling sesuai adalah apabila anda merasa lapar untuk makan, dan bukan mengikut jadual tertentu. Bagi mereka yang benar-benar ingin keputusan pantas dan tidak membawa sebarang masalah kesihatan, anda digalakkan mengambil 3 peket sehari untuk mengganti sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang atau snek malam.

7. Adakah jenis pemakanan yang sesuai sewaktu mengambil RxLite?

Untuk kesan yang optimum, anda digalakkan mengubah kandungan pemakanan anda dari lebih karbohidrat (nasi, roti, ubi dan lain lain) kepada lebih banyak protein (ayam, ikan, daging dan lain lain). Nasi dan roti terutamanya boleh membantut proses pelangsingan badan anda disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi dan budaya pemakanan orang Asia yang menekankan menu nasi.

8. Adakah berat badan akan berkurangan dengan hanya meminum RxLite?
Ya. Walaubagaimanapun, untuk kesan yang lebih pantas, efektif dan sekata, anda dinasihatkan mengamalkan terapi pemakanan Pelangsingan RxLite dan meningkatkan aktiviti fizikal harian anda. Diet yang berat protein dan kurang karbohidrat berserta pergerakan fizikal yang banyak dapat membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.

9. Apakah kesan sampingan meminum RxLite?
RxLite telah direka dengan formula yang memberi impak minima terhadap tubuh badan manusia. Sebarang tindak balas yang berlaku merupakan respon tubuh badan secara semulajadi terhadap elemen baru yang diterima. Kajian kami menunjukkan bahawa sebarang ketidakselesaan (jika ada) akan hilang setelah penggunaan selama beberapa hari



10. Naik jerawat selepas mengamalkan RxLite
Kadangkala sesetengah kandungan makanan boleh menyebabkan reaksi kepada kulit, terutamanya jika kulit sensitif kepada haba dan peluh. Untuk membantu anda menghadapi masalah ini, kami cadangkan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong (sebaiknya air seperti Rx-Water) sejurus selepas meminum RxLite untuk mengurangkan rasa panas dan membantu proses pembakaran lemak yang lebih efektif.

11.Adakah mengambil pil perancang, iud atau ubat-ubatan lain tidak memberi kesan penurunan berat badan?
Sebenarnya sesetengah medikasi bukan membawa kesan khusus kepada RxLite, tetapi apa sahaja produk yang memerlukan tindak balas sistem pembakaran lemak di dalam tubuh badan. Bagi pengguna pil perancang, sehingga ke hari ini, kami menerima maklum balas yang bercampur-campur. Ada yang kurangkan berat badan, dan ada yang tiada perbezaan. Oleh itu, cadangkan untuk mencuba dahulu satu set, untuk menilai sendiri sama ada tubuh badan anda memberi tindak balas atau tidak.

Jika kita tidak tahu kita mengandung pada awal bulan pertama/kedua ,adakah ia akan membahayakan bayi dalam kandungan Amaran tidak menggalakkan wanita mengandung dan menyusu untuk tidak minum RxLite hanyalah sebahagian daripada polisi Dato' Dr. Noordin Darus untuk tidak mengambil sebarang risiko, walaupun secara saintifiknya, impak RxLite terhadap golongan ini amatlah kecil dan hanya melibat 5-10% populasi. Oleh itu, pengambilan RxLite tanpa sengaja ketika mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhenti serta merta bagi memastikan pembesaran berat dan nutrient yang secukupnya untuk kandungan.

12.Diabetes tidak menurun malah makin meningkat
Yang penting bagi pengidap diabetes adalah kandungan gula yang diambil secara keseluruhan. Jika tabiat pemakanan dan pengambilan gula kekal pada paras lama, kemudian ditambah dengan RxLite, maka secara logiknya paras gula akan meningkat. Oleh itu, kami nasihatkan anda membaca maklumat kesihatan yang terdapat di kotak RxLite, dan membuat perubahan dalam pengambilan gula dari sumber yang lain agar jumlah diambil tidak meningkat. Pada masa yang sama,jangan putus asa kerana salah satu cara untuk membantu pesakit diabetes adalah untuk menjaga berat badan ideal anda.

13.Kenapa harus minum air yang banyak bila mengambil RxLite?
Nasihat untuk minum banyak air sebenarnya bukan khas untuk RxLite tetapi untuk kesihatan umum (cadangan 8 gelas sehari, atau 2.5 liter). Apabila badan mempunyai air yang cukup, ianya mempercepatkan semua proses pembakaran lemak, melancarkan perjalanan darah, dan meningkatkan tahap metabolisme disamping mengawal rasa lapar. Pada masa yang sama, RxLite juga mengandungi bahan pembakar lemak yang MUNGKIN membuatkan anda terasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu, gantikan kehilangan air ini dengan mengambil sekurang-kurangnya 500 ml air kosong bersih (seperti Rx-Water) selepas mengambil RxLite.

Kenapa ada yang tambah berat badan di bulan puasa?
Ketika bulan puasa, ramai yang salah anggap bahawa dengan tidak makan, secara automatik tubuh badan akan membakar lemak. Realitinya adalah jumlah kalori dalam sehari yang diambil memainkan peranan yang penting. Walaupun bilangan hidangan dikurangkan, tetapi jika sewaktu berbuka anda mengambil jumlah kalori yang tinggi, berat badan pasti akan meningkat.

Pada masa yang sama, pengambilan hidangan kecil, walaupun banyak kali (eg: 5x sehari) didapati lebih efektif dalam proses pelangsingan badan berbanding kurangkan hidangan makan, tetapi satu hidangan itu begitu banyak makanan. Ketika bulan puasa, cuba pecahkan hidangan berbuka kepada bahagian lebih kecil dengan tempoh ½ jam di antara pengambilan juadah.

Jangan lupa, sekiranya anda mengambil kalori yang sama seperti tidak berpuasa, tetapi pada bulan puasa anda KURANGKAN AKTIVITI FIZIKAL, manakala secara semulajadi badan akan bertambah berat.

14.Kenapa masih berasa lapar walaupun sudah mengambil RxLite?
Perasaan lapar sesudah mengambil RxLite adalah satu perkara yang tidak perlu dirisaukan. RxLite merupakan minuman koko ringan yang mempunyai kandungan kalori rendah membuatkan sesetengah individu dengan kadar metabolisme tinggi terhadap gula merasa "tidak puas" atau lapar.

Pada masa yang sama, sesetengah dari individu mempunyai daya adaptasi yang rendah terhadap sebarang perubahan corak pemakanan. Bagi kumpulan ini, perasaan lapar itu akan hilang setelah lebih 3-4 hari mengamalkan pengambilan RxLite. Bagi yang lain, anda dinasihatkan mengambil 500 ml air kosong bersih (seperti RxWater) selepas mengambil secawan RxLite dan tunggu 30 minit sebelum merasa kesannya dalam mengurangkan rasa lapar. Sekiranya anda masih lagi rasa lapar, silalah makan makanan rendah karbohidrat seperti daging, ayam dan ikan.

15.Walaupun telah menghadkan pengambilan makanan, senaman, minum air yang banyak, kenapa berat badan masih belum turun?
Kes seperti ini, walaupun jarang, tetap akan berlaku. Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas berbeza dari yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak kurangkan berat badan, tetapi semakin meningkat! Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain.

Pastikan pengambilan kalori harian anda sekarang (sebelum berdiet), kemudian lakukan penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat. Sebagai contoh, sekiranya badan anda telah biasa mengambil 2500 kcal sehari, kurangkan 500 kcal untuk minggu pertama. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda (seperti kopi)!!!

Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari. Jika boleh, RxLite ini mengganti hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite!

Sekiranya anda masih tidak tahan lapar selepas 30 minit mengambil RxLite, anda digalakkan mengambil makanan rendah karbohidrat tetapi tinggi protein seperti ayam dan daging (jangan ambil bahagian lemak/kulit), ikan dan makanan laut. Tingkatkan aktiviti fizikal harian dengan satu langkah mudah – berjalan kaki (walaupun santai) di antara 15-30 minit selepas setiap kali waktu makan (terutamanya makan malam). Tindakan ini sahaja didapati dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 50%. Oh yea, disiplinkan diri untuk makan seawal yang mungkin di waktu malam (maksimum sebelum pukul 9 malam atau 2 jam sebelum tidur). Dan yang terakhir, kunyahlah makanan yang dimakan sekurang-kurang 20x secara perlahan-lahan dan nikmati setiap rasa makanan tersebut. Tips ini didapati dapat mempercepatkan rasa kenyang, dan sebenarnya mempercepatkan pembakaran lemak dalam makanan tersebut melalui enzim air liur.

16.Setiap kali minum RxLite, terasa sakit kepala
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang mempunyai reaksi seperti pening kepala, terlebih berpeluh dan gastrik. Ini adalah tindak balas tubuh badan terhadap kandungan pembakar lemak di dalam badan. Tetapi reaksi ini sebenarnya bersifat sementara dan menggambarkan kelemahan sedia ada dalam tubuh badan.

Bagi mengurangkan impak RxLite secara fizikal seperti ini, ambil 500 ml air kosong bersih selepas meminum RxLite. Ini dapat mengimbangi kandungan bahan asing di dalam badan, mengurangkan suhu badan, dan membantu mengurangkan tindak balas asid perut yang menyebabkan gastrik.

Golongan seperti ini juga dinasihatkan untuk mengambil hanya 1x RxLite sehari buat permulaan dan secara berperingkat meningkatkan pengambilan berdasarkan keselesaan tubuh badan anda. Dalam masa 7 hari, tubuh badan manusia pasti sudah adaptasi dengan pengambilan RxLite.


Kandungan RxLite